Wednesday, August 11, 2010

Tip Penjagaan Laptop

assalammualaikum..
Kali nie aku nk bgi tip2 cm na nk jga laptop korang supaya tahan lama dan x cepat rosak..
Baca la tip2 nie..klo korang nk laptop korang 2 ..sihat sentiasa....


1. Bateri

  • Elakkan daripada penggunaan bateri.
  • Laptop lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.

  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


3. Skrin LCD

  • Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.


4. Haba Panas
  • Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
  • Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.


6. Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.